Posted by alongxp on Mar 3, 2010 in
Agama,
ngah bosan
Pe 1st impresion korg bile tgk tajuk post aku kali ni? hahahaha… aku terpanggil nk tulis ni sbb ada la sorg hamba Allah ni baca sume post dlm blog aku ni. Pastu die kate “u r a strong man…!!!” terkedu jap aku… ape yg wat die kata camtu a? tak kisah la ape pon yg die fikir…yang pasti sume hamba Allah kat dunia ni diuji, ngan mcm2 cara, ada yg diuji ngan kesusahan, ada yg diuji ngan kesenangan, n Allah akan uji tak lebih dr kemampuan kite (tu pegangan aku…), so setiap kali aku diuji,aku tau,tu ckit je tu,wlaupon kdg2 tu smp air mata aku menitik skali pon, aku tau,aku mampu hadapi ujian tu… setiap manusia ada tahap kemampuan yg berbeza, cume kite kdg2 xnmpk pertolongan yg Allah bg masa kite diuji, cube la kite pandang org lain masa kita diuji tu, dan bersyukurla…cube ingat balik kisah silam…
Cam aku kdg2 diuji ngan mslh kewangan, kdg2 susah ati,tp bile aku pandang sekeliling aku, aku tgk,dlm keta aku ada belambak2 duit syiling,atas meja ada lg,kang kat ceruk mana pon ada lg, aku cume takde duit nak beli rokok sekotak, takde duit nk isi minyak keta, sedangkan satu masa dulu, aku terpaksa cari duit syiling bwh almari baju sepupu aku,membe aku,dlm toilet n kat mana2 tempat untuk beli rokok surya sebatang, kdg2 aku terpaksa jalan kaki smp 3km disebabkan aku xde duit nk byr tambang bas, pnh skali aku isi minyak moto seringgit je semata2 nk g jumpe ex-wife aku Read more…
Tags: Aku, cukup, ke, kuat, ni, syukur
Posted by alongxp on Mar 28, 2009 in
Agama
Korang mesti selalu nampak nombor 786 kat kedai makan mamak kan? hahahaha…dulu aku pernah tanya ngan membe2 aku amende 786 tu, ramai yg tak tau, n sampai ari ni aku tak tau, baru kejap ni aku tau, aku cari benda lain, tapi yang berkaitan ngan agama la…pastu aku tanyala ngan abang google, pastu die tunjuk kat aku list2 yg aku cari,pastu aku masuk kat web darulnuman,pastu aku jumpe la artikel ni, fakta warisan islam , barulah aku tau apa yg dimaksudkan dengan 786 kat situ….
sekadar nak berkongsi je, mana la tahu ada yg kes cam aku…hehehehe…
Tags: 786, Bismillahir Rahmanir Rahim
Posted by alongxp on Mar 26, 2009 in
Agama
Tidak dinafikan ramai umat Islam zaman sekarang yang tidak mengerjakan solat.
Tapi aku percaya ramai di antara mereka pernah dididik tentang kewajipan solat dan pernah mengerjakannya.
Mungkin akibat kelekaan duniawi, ibadah suci itu telah terperosok, jauh di dalam lubuk hati, sama ada sedar atau pun tidak.
Yang nyata, aku tidak pernah berasa benci atau marah kepada mereka yang tidak mengerjakan solat, apatah lagi untuk memandang hina golongan ini.
Kerana solat itu sendiri adalah soal hati dan keikhlasan. Tanpa keikhlasan, tak mungkin perbuatan solat itu mencapai maksudnya.
Namun begitu, janganlah kita berasa selesa dengan kejahilan. Jangan pula berasa bangga dengan ilmu dan amalan. Sebaliknya, berazam dan berusahalah untuk mengerjakannya dengan istiqamah di samping memperbaiki segala kelemahan yang ada.
Untuk mengingatkan diri aku sendiri dan para pembaca Soleh.Net, izinkan aku berkongsi panduan tentang teknik motivasi memulakan solat setelah lama meninggalkannya.
1. Sematkan azam, bulatkan tekad
Sebaik sahaja tersedar dari lamunan (sedar rupanya dah lama tinggal solat), cuba fikir sedalam mungkin tentang apa yang anda lakukan, apa yang tak sepatutnya anda lakukan, dan apa yang sepatutnya anda lakukan.
Dari situ, tanam keazaman yang kukuh bahawa anda ingin mengerjakan solat, dan tidak akan meninggalkannya sampai bila-bila. Kerana itulah tujuan anda hidup di atas muka bumi ini sebenarnya.
2. Cari masa dan tempat yang sesuai, sunyi, jauh dari dugaan
Kemudian tetapkan masa di mana anda akan mula menjalani kehidupan sebagai seorang yang mengerjakan solat. Lebih cepat lebih baik. Ingatlah, berdosa besar bagi orang yang melengah-lengahkan solat.
Sebaiknya, cari tempat yang sunyi dan jauh dari dugaan. Jauhi rakan-rakan yang tidak solat atau suka mengejek, sekurang-kurangnya untuk waktu itu sahaja. Masjid juga adalah tempat yang baik.
3. Solat sekali dahulu, baru ada kali kedua
Walau sekuat mana pun azam, sebulat mana pun tekad, sebaik mana pun masa dan tempat, tanpa solat yang pertama, takkan jadi solat yang kedua dan seterusnya.
Oleh itu, mulakan sahaja tanpa berlengah. Bak kata iklan NIKE – Just do it!
4. Buat nota peringatan dan galakan
Kalau ada masa dan semangat yang berkobar-kobar, tuliskan kata-kata peringatan dan galakan di atas sehelai kertas (besar atau kecil).
Kemudian yang besar tampal di dinding, manakala yang kecil diletakkan dalam wallet atau poket baju.
Tips ini mungkin kurang sesuai jika anda tinggal bersama rakan-rakan yang tidak mengerjakan solat. Dibimbangi ada yang kata anda nak tunjuk bagus.
5. Fahami maksud setiap bacaan dalam solat
Jika anda kurang bersetuju dengan point ini, saya nasihatkan supaya cuba dahulu. Anda pasti akan merasai kelainannya.
Bukan faham satu-satu ayat, tetapi satu-satu perkataan. Di situ akan bermula keindahan solat, di mana anda akan rasa seolah-olah khusyuk itu mula hadir dalam diri semasa mengerjakan solat.
6. Baca perlahan-lahan mengikut tertib
Sewaktu solat, baca perlahan-lahan untuk meningkatkan rasa manis, indah dan seronok.
7. Tingkatkan imaginasi
Sewaktu menghayati maksud, tingkatkan imaginasi anda. Bayangkan keindahan bertemu Allah yang menjemput kita untuk sujud kepada-Nya.
8. Doa mohon kekuatan dan sokongan
Panjatkan doa kepada Allah s.w.t dengan memohon kekuatan dan sokongan untuk berubah menjadi hamba-Nya yang taat. Hendaklah diamalkan sejurus selepas setiap kali solat.
9. Tumpu perhatian pada hari-hari yang dilalui
Tumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui dengan mengerjakan solat. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengerjakan solat.
10. Dapatkan adrenaline sewaktu mendengar azan
Adrenaline boleh digunakan sebagai pembantu dengan memberi suatu kejutan semangat yang berkobar-kobar untuk terus pergi menunaikan solat tanpa berlengah-lengah.
Jika anda dapat menanam adrenaline ini sehingga menjadi tabiat, anda pasti akan meninggalkan segala kerja yang anda lakukan, apabila terdengar sahaja azan berkumandang. Best tak?
11. Berfikir secara positif
Fikirkan diri anda sebagai seorang yang mengerjakan solat sebaik sahaja anda memulakannya dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian.
Sekiranya ada rakan anda yang mengajak anda ke mana-mana sebelum sempat anda menunaikan solat, katakanlah saya belum bersolat, tunggu sebentar atau pergi dahulu.
Ingatlah bahawa anda telah membuat pilihan positif untuk mengerjakan solat.
12. Dapatkan sokongan mental dan rohani
Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja yang anda telah mula mengerjakan solat dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka.
Mintalah rakan-rakan anda yang tidak mengerjakan solat supaya menghormati keputusan anda.
13. Lawan kemalasan dalaman dan godaan syaitan
Dari semasa ke semasa anda akan merasai suatu kemalasan, kebosanan, dan sebagainya, yang mana semua itu sebenarnya hanyalah godaan syaitan dan kemalasan diri sendiri.
Oleh itu lawanlah sehabis-habis mungkin. Ingatlah anda lawan ni pun tak lama. Lama kelamaan ibadah ini akan sebati juga dalam diri anda, dan tidak perlu dipaksa lagi.
14. Banyakkan bahan bacaan tentang solat
Kerapkan diri anda membaca kisah-kisah nikmat solat untuk membangkitkan semangat. Baca juga tentang dosa meninggalkan solat untuk membangkitkan rasa takut pada Allah s.w.t. Moga-moga dilimpahi rahmat dan keberkatan oleh-Nya.
Kesimpulan
Jika topik ini dirasakan tidak berkaitan dengan anda, ingatlah: Hari ini mungkin bukan hari anda. Esok lusa tiada siapa yang tahu. Diharap dapat dijadikan panduan kita bersama.
Sama-samalah kita saling memperingati sesama Islam.
Wallahu a’lam.
P/s: Ada lagi tips-tips lain? Apa kata anda?
diambil dari soleh.net
Tags: Panduan menunaikan solat setelah lama meninggalkanya